PENDUDUK DAERAH PORT DICKSON

Jumlah 110,400. Pecahan: Melayu 58,500. Cina 28,200. India 17,500. Lain2 Bangsa 7200. Menjelang tahun 2010, dijangka pertambahan 0.6% kepada 188,000.

Sunday, January 25, 2009

Konvensyen Penghayatan Islam




Konvensyen Penghayatan Islam anjuran PKR Pusat telah diadakan di Kem Latihan Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor, D.E., pada 23 hingga 25 Januari 2009. Hampir 200 Pemimpin dan Ahli2 Parti dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak hadir. Objektif Konvensyen adalah untuk: 1. Melahirkan barisan Kepimpinan Parti yang memahami dan boleh menghayati Islam sebagai cara hidup ( Islam as the way of life ). 2. Menyemaikan rasa kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab terhadap Islam dalam perjuangan Parti. Bhgn Telok Kemang telah diwakili oleh Asmaon Basir.

Tiga Kertas Kerja telah dibentangkan oleh tokoh2 Ilmiah dari PKR dan ini diikuti dengan bengkel2 berkaitan. Sambutan dan penyertaan dari setiap peserta amat menggalakan, dan AJK Induk Konvensyen amat puas hati. Tindakbalas dari peserta ditunjukkan semasa sesi2 penggulungan setiap bengkel, yang telah melahirkan dan menonjolkan ramai pemidato yang hebat, terbukti dengan respons tepukan gemuruh dari hadirin dan AJK Konvensyen.

Pembukaan konvensyen telah diresmikan oleh Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan turut hadir ialah Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta2 dan juga meresmikan majlis penutupan Konvensyen.

No comments: