Seluruh Warga Parti Keadilan Rakyat Bahagian Telok Kemang mengucapkan SELAMAT HARI NATAL DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009.
Monday, December 22, 2008
Saturday, December 6, 2008
Baru nak cegah
Setelah beberapa peristiwa tanah runtuh di persekitaran Bkt Antarabangsa, barulah Najib dan pemimpin2 lain nak bersuara tentang larangan pembinaan di lereng2 bukit. " Dah tiris baru nak melantai ". Seperti kata Musa Hitam, tak nak belajar dari sejarah. Beliau kehilangan anak di tragedi Highland Towers. Alfatihah...
Pantai PD tercemar
Dalam lawatan YB Dato' Kamarul Baharin ke Pasir Panjang, Jumaat lepas, Ahli Parlimen Telok Kemang itu juga melawat pantai Pasir Panjang, yang tercemar dengan sampah dan serpihan batu bata dan juga pengaliran kumbahan dari hotel yang berhampiran. Walaupun telah banyak aduan dibuat, namun, kerana kerakusan pemaju dan empunya hotel tidak mengindahkan langsung keperluan rakyat untuk beriyadah di pantai2. Kita sama2 tunggu lama bila mereka akan menghentikan kesalahan2 ini, dan bila MPPD dan agensi2 yang terlibat akan membuka mata dan mencegah jenayah ini.
Lawatan YB Dato' Kamarul ke Pasir Panjang
YB Dato' Kamarul Baharin telah melawat kawasan Pasir Panjang, dalam DUN Linggi pada petang Jumaat, 5 Dis 08. Ini adalah susulan aduan rakyat mengenai pembinaan jalanraya Pasir Panjang - Linggi yang menyusahkan penghuni2 Rumah Rakyat Pasir Panjang, dimana jalan baru yang dibina hanya kurang 10 meter dari depan rumah mereka. Walaupun telah banyak aduan dibuat kepada pihak2 berwajib, namun tiada yang menunjukkan tanggungjawab dan keperihatinan terhadap masaalah mereka. Menurut Tuan Haji Haron Abd Ghani, penghuni lama kawasan ini, kali terakhir aduan dibuat adalah pada 3 Dis, kepada Pegawai Daerah Port Dickson. Beliau dan penduduk2 Pasir Panjang mengharapkan suatu yang positif akan dilakukan.
Thursday, December 4, 2008
Apo kono eh Jang!!!
Kita tak faham kenapa isu Zaid Ibrahim ditendang UMNO menjadi sebutan dan topik panas! Nak lari dari kes yang lebih berat! Nak mengaburi mata rakyat dari kepincangan dan salahlaku yang lebih besar, agaknya. Kes Altantuya Sharibu, Kes Chua Soi Lek, kes Mukhriz, kes-kes rasuah politik menjelang Perhimpunan UMNO..... Ini hanya kerana Pakatan Rakyat mengalu-ngalukan Zaid jika ingin ke PKR atau PAS. Ni yang dirisaukan UMNO. Zaid bukan calang pemimpin. Zaid seorang peguam, bekas menteri dan yang paling merisaukan UMNO, Zaid ada following yang besar. Saperti di Sarawak, hanya seorang ADUN menyertai PKR, 20,000 rakyat mengikut. Ini hebat! Ini satu TKO blow pada Taib Mahmud. Mungkin akan berlaku tsunami di Kelantan, ahli UMNO akan mengekori Zaid, dan akan menghadiahkan killer punch pada Annuar Musa. Welcome on Board, Senator (or ex-Senator) Zaid.
Wednesday, December 3, 2008
Korban Hari Raya Haji
Pada Hari Raya Haji 8 Dis o8, Isnin lepas, Ahli Parlimen Telok Kemang, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, telah menyerahkan 4 ekor lembu untuk dikorbankn dan daging di agihkan kepada fakir miskin diseluruh kawasan Telok kemang. Upacara penyembelihan telah disempurnakan di Bandar Sunggala dan Linggi pada hari raya pertama, 8 Dis dan di PD Bandar dan Chuah pada hari raya ketiga 10 Dis.
Sunday, November 30, 2008
Kongress PKR ke 5 28, 29 & 30 November 2008
Bandar Shah Alam jadi tumpuan pada hujung minggu 28, 29 dan 30 November 2008. JUMAAT 28 Nov telah berlangsung Kongress Wanita di Bangunan Perbadanan Pertanian Selangor. Angkatan Muda pula berkongress di Stadium Melawati. Kehadiran Perwakilan dan Pemerhati amat menggalakan. Di Kongress Nasional pada 29 November, Sabtu, Negri Sembilan di hadiri oleh 63 Perwakilan dan 39 Pemerhati berdaftar, sementara Pemerhati yang tak berdaftar hampir 200 telah hadir dari seluruh Negri Sembilan, dari semua bahagian. Yang mendukacitakan, pada Ahad 30 November, dewan Stadium Melawati hanya 40% kerusi berpenghuni. 60% telah " menghilang - for reasons only known to the MIA's (missing -in- action). Syabas pada MPT, masih ada hampir 92% bertahan pada 30 November. Ada YB2 dari Kelantan kena balik ke kawasan kerana melihat keadaan rakyat yang ditimpa bencana banjir. Syabas kepada pembahas2 dari NS, Sdr Kamil Yassin dan YB Chai Tong Chai. Amat bernas intipati persembahan mereka, mendapat sambutan hangat, terutama teguran kepada pemimpin2 supaya jangan diabaikan akar umbi, yang telah selama 10 tahun berjuang, kontraktor2 yang telah disenaraihitamkan oleh BN dulu, kini setelah 5 negri ditakluki, masih tidak diberi perniagaan/kerja berkaitan bidang mereka, dengan alasan " orang Keadilan tak payah niaga", padahal kontraktor2 dinegri2 yang PR memerintah mengharapkan sinar, tetapi bak kata Kamil, quote KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DITENGAHARI unquote. Tidak ketinggalan juga, akar umbi yang telah meninggalkan kerjaya gaji lumayan, yang di buang kerja, yang dipecat sebagai Imam, Bilal, dan sbgnya, mengharapkan tawaran apabila mereka memohon pekerjaan dinegri2 taklukan PR. Suara rintihan ini dikemukakan oleh ramai pembahas pada sesi 2 hari itu, dan mendapat respons positif dari Pemimpin. Walaupun Kongress 2008 cemerlang, sekalung TAHNIAH/SYABAS pada Dato' Sallehuddin Hashim dan TEAM SEKRETARIAT, namun ada rungutan dari peniaga mengenai sewa tapak/khemah RM1500 untuk 3 hari terlalu tinggi. Sekretariat patut pertimbangkan kadar pada Kongress2 akan datang. Purchasing power rakyat lemah, jualan rendah.... quote LU FIKIR LAH SENDIRI unquote kata Nabil. Kepada Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden dan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum dan seluruh kepimpinan dan akar umbi PKR, khasnya di Telok Kemang, dan amnya di Negri Sembilan, yang diterajui oleh YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, AYUH, kita teruskan perang kita..... WE CAN DO IT, WE WILL MAKE IT!!!!
Sebahagian daripada perwakilan N. Sembilan.
Monday, November 24, 2008
Ceramah Isu2 Terkini
Ceramah Isu2 terkini di Dewan Sekolah Menengah Chung Hwa, Port Dickson. Tarikh 26 November 2006, Rabu, 7.30 malam. Penceramah: Raja Petra, Cikgu Bard, YB Dato' Kamarul Baharin, YB Sim Tze Tzin, YB Abdullah Sani, YB Tan Tee Beng, YB Ravi dan YB Chai Tong Chai. Dijemput datang beramai2.
Politik Wang/Salahlaku
Tun Mahathir Mohammad telah membuat laporan tentang kes2 Politik Wang dalam UMNO, dan ' sedang wait & see' samada sebarang tindakan susulan dan pendakwaan dilakukan, jika tiada, Tun akan mendedahakan nama2 mereka yang terlibat. Walaupun Tun kini bukan lagi ahli UMNO, beliau masih mengambil berat tentang kemungkaran2 yang berlaku, bukan seperti pemimpin2 yang lain, hanya berani berkata-kata diakhbar sahaja, tidak membuat laporan kepada BPR, atau badan tatatertib UMNO. Hanya anehnya, Tun pula tidak pernah menyatakan kes2 'rasuah politik' semasa Tun menerajui UMNO dulu. Inilah dia kelibat indok2 UMNO. Bila terkena batang hidung sendiri, korupsi kecil, medium atau besar, akan diselindungi. Seperti juga bagaimana seorang pemimpin UMNO Selangor, yang mendesak MB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan terhadap Exco Negri Selangor Ronnie Liew kerana telah dituduh dimahkamah, tetapi kenapa tiada gesaan dari ahli UMNO atau pemimpin2nya supaya ADUN Lenggeng, Negri Sembilan, yang juga menghadapi tuduhan (rasuah), diambil tindakan? Kenapa begini sikap pemimpin2 UMNO? Jadi tidak hairanlah kita kenapa UMNO sekarang dah 'nazak', orang dah meluat pada UMNO, mereka telah dan tidak akan mengundi UMNO lagi. PKR, PAS & DAP menjadi pilihan. Di Sabah dan Sarawak, berbelasan ribu telah dan akan meninggalkan BN. Percayalah, Pakatan Rakyat akan ke Putra Jaya dalam masa terdekat. Ayuh, warga Malaysia, kita tinggalkan Barisan Nasional, mari kita bersama Sdr Anwar Ibrahim merialisasikan IMPIAN kita kearah MALAYSIA NEGARA MADANI.
RM8 Juta Peruntukan Pencegahan Banjir.
Menteri Besar Negri Sembilan Mohammad Hassan baru2 ini menyebut peruntukan RM8 juta bagi pencegahan banjir. Bila agaknya kerja2 berkaitan akan dimula? Adakah wang itu cukup? Apakah jenis pencegahan yang akan dibina? Bila kah peruntukan akan dikeluarkan? Ramai berpendapat kerja2 pembinaan untuk pencegahan ini sepatutnya telah dilaksanakan lama dulu sebelum sebarang pembangunan didirikan. Perancang Bandar, Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pemaju dan Jabatan serta Agensi berkaitan mesti duduk semeja pra pembangunan projek2. Kerja2 seperti melebarkan sungai, pengubahsuaian longkang dan pembentongan hendaklah dilakukan terdahulu. Menteri Besar, apabila banjir berlaku, selalu mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan,"Saya akan arah suatu penyiasatan di buat tentang masaalah perparitan dan sungai2''. Kenapa selepas? " Dah posuk baru nak molantai, dah torantok baru nak mongadah "? Tetapi apabila mengeluarkan peruntukan membaiki rumah2 wakil2 rakyat, copek yo duit dikeluarkan. Diharapkan juga bantuan kecemasan untuk mangsa2 banjir biarlah berpatutan, jangan seperti di Pahang baru2 ini, Baginda Sultan murka apabila hanya RM8/sehari diberi pada mangsa untuk makanan. Di Linggi baru2 ini pun, bantuan yang diterima mangsa pun amat kecil, berbanding kesusahan yang dialami. Janganlah membantu saperti 'melepaskan batuk ditangga' sahaja.
Sunday, November 23, 2008
LIMA (5) JANJI YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
- Saya berjanji akan mendirikan Malaysia sebagai negara MADANI, yang menjamin keadilan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip2 perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengangkat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya.
- Saya akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA agar ekonomi negara kembali setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Ini adalah penting bagi menjamin keadilan social untuk semua agar tiada lagi Bumiputra atau kaum2 lain yang terpinggir dan mundur.
- Saya akan lakukan penyusunan semula pasukan Polis DiRaja Malaysia untuk menjadikan badan PENCEGAHAN JENAYAH yang berkesan bersama ajensi penguatkuasaan yang lain dan memastikannya bebas dari pengaruh politik dan rasuah.
- Saya turut berjanji akan mengurangkan BEBAN HIDUP rakyat dengan menurunkan harga minyak, tol serta pelbagai tarif lain disamping membekalkan barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minima RM1500 sebulan.
- Saya berikrar akan mencipta HARAPAN BARU untuk masa depan Malaysia dengan menjamin PENDIDIKAN PERCUMA dan memastikan mutu pembelajaran di sekolah, kolej dan universiti di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
Ceramah Siri Penerangan Peringkat N Sembilan
Badan Perhubungan NS telah merangka beberapa siri ceramah oleh Ahli2 Parlimen PKR diseluruh Negri. Buat permulaan, 3 program telah diaturkan pada 19 Nov 08, Rabu, di Seremban, Rembau dan Rasah. Di Seremban, sesi dialog telah diadakan didewan Sekolah Menengah Chung Hwa utk masyarakat Tionghua. Panelis terdiri daripada YB2 Dato' Kamarul Baharin Abbas, Saifudin Nasution Ismail, Johari Abdul, Wee Choo Keong, Chai Tong Chai, M.Ravi, dan Tan Tee Beng. Turut ditampilkan Raja Petra Kamaruddin. Di Rembau, turut berceramah ialah Sdr Badrul Hisham Sharin (Cikgu Bard). Bahagian Rasah telah mengadakan ceramah di Kg Labu Hilir, dimana turut berceramah ialah Uzt Zulkifli, Pesuruh Jaya PAS Negri. Walaupun cuaca hujan sepanjang hari, namun kehadiran rakyat diketiga lokasi amat menggalakan. Di Seremban, hampir 300 membanjiri dewan, di Rembau 500 hadir dan di Labu Hilir lebih seratus hadir untuk mendengar perkembangan terkini mengenai perancangan Parti, usaha2 untuk ke Putra Jaya dan perkembangan berkaitan didalam negara. Program2 penerangan ini akan diteruskan setiap minggu keseluruh Negri. Menurut Setiausaha Perhubungan Negri Sdr Sabaruddin Yassin, setiap bahagian akan dipertanggungjawabkan menyediakan tempat untuk sesi2 ceramah dan menyampaikannya kepada masyarakat setempat, semoga mesej2 penting ini akan disebarluas.
Friday, November 21, 2008
Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia
16 November 2008. Bahagian Telok Kemang diwakili oleh 7 orang Ahli ke Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM), yang dikendalikan di Dewan Seminar, Hotel Grand Straits Villa, Port Dickson, oleh Sekretariat Konvensyen dan Seminar PKR, dipengerusikan oleh Sdr Mustafa Kamil Ayub. Puan Aishah Lamsah dan Sdr Norizam Yassin adalah Penyelaras SEHARUM Negri Sembilan. Seminar mendedahkan peserta kepada halatuju Parti, setelah kemenangan memberangsangkan PRU12. Negri Sembilan adalah merupakan diantara sasaran untuk ditakluki, setelah memenangi 15 kerusi DUN dalam PRU12. 50 peserta yang hadir mengambil bahagian aktif dalam bengkel yang diuruskan pada sesi sebelah petang, dan qualiti kepimpinan jelas dijelmakan oleh semua, terutama pada akhir bengkel, apabila wakil2 kumpulan menyampaikan ucapan2 yang dicetus dari idea2 yang disumbang oleh setiap ahli dalam kumpulan. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Perhubungan Negri, yang juga Ahli Parlimen Telok Kemang, amat puas hati dengan pengendalian Seminar. Beliau meresmikan permulaan dan penutup Seminar. Dalam ucapan beliau, YB Dato' Kamarul Baharin berharap sekembalinya peserta ke Bahagian, mereka dapat melatih dan memotivasi ahli diakar umbi, agar apa yang dimatlamatkan tercapai dengan penambahbaikan dan melipatgandakan usaha.
Futsal Piala Dato' Kamarul Baharin
16 November 2008. Bertempat di Alam Megah Sports Arena, Port Dickson, 75 pasukan dari Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negri Sembilan telah menyertai Pertandingan Futsal Piala Dato' Kamarul Baharin. Ianya adalah anjuran Angkatan Muda Keadilan Bahagian Telok Kemang, dan diterajui bersama oleh Ketua AMK Amiruddin Wahab dan Md Yani Alias. Johan ialah Team Black United FC dari Sungai Besi, yang diketuai oleh Mohd Faizal. Mereka membawa pulang Piala dan RM1500. Naib johan Team Mineral H2O FC dari Putrajaya, Piala dan RM1000, tempat ketiga Bertam Ulu FC dari Melaka, Piala dan RM500. Hadiah2 telah disampaikan oleh YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang. Menurut Amiruddin, penganjuran adalah bertujuan mengeratkan hubungan antara anak2 muda setempat dengan negeri2 berdekatan, serta niat murni AMK untuk mengadakan aktiviti2 bermenafaat untuk dicontohi anak2 muda masakini. SYABAS kepada AMK Telok Kemang dan semua yang terlibat, yang menyumbang tenaga dan wang ringgit, terima kasih juga pada Polis DiRaja Malaysia dan Pasukan Kecemasan JPA3.
Sepintas Lalu Kawasan Parlimen Telok Kemang
Kawasan Parlimen Telok Kemang mengandungi 5 kawasan DUN, iaitu Linggi, PD Bandar, Bagan Pinang, Lukut dan Chuah. Linggi dan Bagan Pinang dibawah UMNO, Lukut dimenangi DAP, PD Bandar dan Chuah dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Parlimen Telok Kemang adalah mutlak Parti Keadilan Rakyat. Ahli Parlimen ialah YB Dato' Kamarul Baharin Abbas.
SALAM PERKENALAN
Salam Reformasi. Selamat datang ke laman blog Parti Keadilan Rakyat Bahagian Telok Kemang. Alamat kami: No 7124 Permai Park, Batu 2 1/2 Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negri Sembilan Darul Khusus. Ketua Bahagian kami ialah Sdr Mohd Amin Harun. YB Ravi ialah Pemangku Timbalan Ketua Bhgn. Naib Ketua Bhgn ialah Sdr Ahmad Samsuri dan Sdr Mohd Nor Mohd Sap. Sdr Norman Sulaiman ialah Setiausaha Kehormat, Sdr Mohammad Din ialah Bendahari dan Sdr Asmaon Basir sebagai Ketua Penerangan. Ketua Wanita ialah Puan Rahaina Hussain, dan Ketua Angkatan Muda ialah Sdr Amiruddin Abd Wahab.
Subscribe to:
Posts (Atom)