PENDUDUK DAERAH PORT DICKSON

Jumlah 110,400. Pecahan: Melayu 58,500. Cina 28,200. India 17,500. Lain2 Bangsa 7200. Menjelang tahun 2010, dijangka pertambahan 0.6% kepada 188,000.

Friday, November 21, 2008

Futsal Piala Dato' Kamarul Baharin

16 November 2008. Bertempat di Alam Megah Sports Arena, Port Dickson, 75 pasukan dari Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negri Sembilan telah menyertai Pertandingan Futsal Piala Dato' Kamarul Baharin. Ianya adalah anjuran Angkatan Muda Keadilan Bahagian Telok Kemang, dan diterajui bersama oleh Ketua AMK Amiruddin Wahab dan Md Yani Alias. Johan ialah Team Black United FC dari Sungai Besi, yang diketuai oleh Mohd Faizal. Mereka membawa pulang Piala dan RM1500. Naib johan Team Mineral H2O FC dari Putrajaya, Piala dan RM1000, tempat ketiga Bertam Ulu FC dari Melaka, Piala dan RM500. Hadiah2 telah disampaikan oleh YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang. Menurut Amiruddin, penganjuran adalah bertujuan mengeratkan hubungan antara anak2 muda setempat dengan negeri2 berdekatan, serta niat murni AMK untuk mengadakan aktiviti2 bermenafaat untuk dicontohi anak2 muda masakini. SYABAS kepada AMK Telok Kemang dan semua yang terlibat, yang menyumbang tenaga dan wang ringgit, terima kasih juga pada Polis DiRaja Malaysia dan Pasukan Kecemasan JPA3.

No comments: